Apakah sekatan imej dalam Rekod Sejarah?

Di FamilySearch, beberapa imej mempunyai sekatan atau batasan yang menentukan siapa yang dapat melihatnya atau di mana anda dapat melihatnya. Anda boleh melihat beberapa imej di tapak web rakan, kadangkala dengan bayaran. Dalam sesetengah kes, anda boleh mendapatkan akses dengan mengunjungi pusat FamilySearch atau perpustakaan gabungan. 

Berikut adalah senarai sekatan yang anda mungkin boleh lihat semasa anda menggunakan rekod bersejarah.

Mesej Status ImejSiapa Dapat Melihat Imej
Tiada imej tersedia.FamilySearch mempunyai indeks rekod-rekod yang sedia ada. Mungkin laman web lain mempunyai imej-imej. 
"Imej tidak tersedia" ditunjukkan dalam kotak mesej merah jambu.Jika anda menerima pesanan ini, ambil langkah-langkah berikut:
  1. Kosongkan fail sementara dan kuki.
  2. Anda boleh cuba lagi pada masa lain untuk melihat jika imej-imej itu sedia ada.
  3. Jika masalah berterusan, cuba pelayar yang lain.
  4. Jika masalah berterusan, tunggu beberapa minit dan cuba lagi.
  5. Jika masalah berterusan, hubungi Sokongan FamilySearch supaya kami boleh menyiasat masalah ini. 

Imej-imej Sedia Ada

Untuk melihat imej-imej ini, sila lakukan salah satu daripada yang berikut\:

  • Akses tapak web di pusat FamilySearch.
  • Akses tapak web di perpustakaan gabungan.
Imej-imej ini boleh didapati di FamilySearch. Daftar masuk di pusat FamilySearch atau perpustakaan gabungan untuk melihat mereka.
Imej-imej Sedia Ada
Untuk melihat imej-imej ini, sila lakukan salah satu daripada yang berikut\:
  • Akses tapak web di pusat FamilySearch.
Imej-imej ini boleh didapati di FamilySearch di dalam pusat FamilySearch. Daftar masuk di pusat FamilySearch untuk melihatnya.
Imej-imej Sedia Ada
Untuk melihat imej-imej ini, sila lakukan salah satu daripada yang berikut\:
  • Anda boleh melihat imej ini dengan melawat salah satu tapak rakan kongsi atau penjaga rekod sah (caj boleh dikenakan).
Imej-imej ini boleh didapati pada satu atau lebih tapak web rakan. 
  • Lihatnya pada tapak web rakan kongsi. Jika kita ketahui tapak web manakah yang mempunyai imej-imej, anda lihat satu pautan kepadanya. Jika tidak, Wiki Penyelidikan FamilySearch untuk mencari sumber maklumat tersebut.

Artikel berkaitan

Bagaimanakah untuk saya memadamkan semua kuki dan fail sementara yang disimpan oleh penyemak imbas internet saya?
Mengapakah terdapat sekatan akses pada Rekod Sejarah?
Perpustakaan gabungan kami memerlukan akses kepada imej yang dihadkan
Mengapakah beberapa rekod bersejarah hilang dari FamilySearch?

moduleTitle