Bagaimanakah cara untuk saya memuat naik fail GEDCOM saya?

Anda boleh memuat naik fail GEDCOM untuk menambahkan maklumat sejarah keluarga anda kepada Fail Sumber Salasilah (PRF). Pengguna FamilySearch kemudiannya boleh melihat sejarah keluarga anda, tetapi mereka tidak boleh mengubahnya.

Anda dapat mengekalkan kawalan sepenuhnya selepas memuat naik fail anda. Anda boleh:

  • Memadamkan fail daripada Fail Sumber Salasilah.
  • Menggantikan fail dengan fail baharu.
  • Membandingkan fail GEDCOM anda dengan Pohon Keluarga dan menghantar maklumat ke Pohon Keluarga.

Sebelum anda mulakan

  1. Perisian geneaologi yang anda gunakan mungkin membenarkan anda untuk mengeksport maklumat ke dalam fail GEDCOM. Fail GEDCOM ialah standard industri untuk memindahkan maklumat antara program genealogi.
  2. Semak maklumat dalam fail GEDCOM anda.Semak untuk mengesan ralat dengan menggunakan alat dalam pengurus rekod anda:
    • Pastikan nama, tarikh, dan tempat dipaparkan dalam cara yang standard.
    • Pastikan nota anda telah tersedia untuk dikongsi kepada umum.
    • Semak untuk mengesan masalah yang berpotensi.
    • Semak untuk mengesan individu yang sama.
    • Semak untuk mengesan nama tempat yang sama.
    • Semak untuk mengesan individu yang tidak disertakan.
  3. Periksa maklumat yang anda ingin hantar untuk mengesan sebarang maklumat yang anda tidak ingin terbitkan:
    • Baca sekali imbas nota dan maklumat lain yang tidak tersusun. Tandakan maklumat yang anda tidak ingin terbitkan sebagai rahsia, atau padamkan maklumat itu. Kemudian cipta fail GEDCOM.
    • Proses kami mengimbas fail anda untuk mengenal pasti individu dalam pohon anda yang mungkin masih hidup. Rekod individu yang masih hidup tidak akan dipaparkan dalam Fail Sumber Salasilah.
  4. Cipta fail GEDCOM anda.
    • Jika anda tidak tahu caranya, lihat arahan yang diberikan bersama program anda.
    • Jika anda bercadang untuk menyalin maklumat ke Pohon Keluarga, kami sarankan anda menghantar fail-fail GEDCOM kecil yang mengandungi tidak lebih daripada 100 nama. Selepas dimuat naik, fail yang lebih kecil menjadikan proses salinan dan perbandingan menjadi lebih mudah untuk diuruskan.
    • Jika anda berhasrat untuk hanya menyimpan dan berkongsi fail anda, fail tersebut boleh mengandungi sehingga 100 MB.

Langkah-langkah (tapak web)

  1. Daftar masuk ke FamilySearch dan klik Carian
  2. Klik Genealogi.
  3. Tatal ke bawah hingga ke "Bagaimana Genealogi FamilySearch berbeza daripada Pohon Keluarga FamilySearch?"
  4. Klik Muat Naik Pohon Individu Anda.
  5. Klik Muat naik fail GEDCOM.
  6. Klik Pilih Fail —-> cari fail GEDCOM dalam komputer anda.
  7. Masukkan nama pohon.
  8. Dalam medan Perihalan, beritahu orang lain tentang asal usul pohon ini dan sebarang perkara penting di sebalik penyelidikan tersebut.
  9. Klik Muat naik.

Langkah-langkah (aplikasi mudah alih)

Pada ketika ini, muat naik GEDCOM tidak tersedia dalam aplikasi mudah alih Pohon Keluarga. Untuk memuat naik fail, lawati tapak web FamilySearch.

Langkah-langkah (Family Tree Lite)

Pada ketika ini, muat naik GEDCOM tidak tersedia untuk Family Tree Lite. Untuk memuat naik fail anda, lawati tapak web penuh.

Hasil

Fail GEDCOM anda dimuat naik, dan sistem menambahkannya ke dalam Fail Sumber Salasilah. Proses ini boleh mengambil masa sehingga 30 minit. Semakin besar fail GEDCOM anda, semakin lama proses muat naik ini dilakukan.
Setelah proses muat naik selesai, semua pengguna FamilySearch boleh menggelintar dan melihat maklumat di dalamnya.

Artikel berkaitan

Bagaimanakah cara untuk saya menyediakan fail GEDCOM saya?
Bagaimanakah cara untuk saya menyalin maklumat daripada fail GEDCOM saya ke dalam Pohon Keluarga?
Apakah yang berlaku pada maklumat yang dimuat naik daripada fail GEDCOM?

moduleTitle