Bagaimanakah cara untuk saya menyalin maklumat daripada fail GEDCOM saya ke dalam Pohon Keluarga?

Selepas anda memuat naik fail GEDCOM ke Fail Sumber Salasilah, anda boleh menyalin maklumat ke dalam Pohon Keluarga. Namun, apabila anda menyalin maklumat ini, anda boleh mecipta rekod pendua tanpa sengaja. Anda juga mungkin menambah maklumat yang salah kepada Pohon Keluarga, atau memadam maklumat yang disumbangkan oleh pengguna lain. Berbanding menyalin semua maklumat ke dalam Pohon Keluarga sekaligus, sila pertimbangkan untuk memindahkan maklumat secara manual dengan hanya memasukkan tarikh dan fakta yang anda pasti betul.

Jika anda memilih untuk meneruskan, diingatkan bahawa nota, sumber, pautan multimedia, dan maklumat tentang individu yang masih hidup tidak disalin secara automatik ke dalam Pohon Keluarga.

    Sebelum anda mulakan

    1. Kebanyakan perisian geneaologi membenarkan anda mengeksport maklumat ke dalam fail GEDCOM. Fail GEDCOM ialah standard industri untuk memindahkan maklumat antara program genealogi.
    2. Semak maklumat dalam fail GEDCOM anda.Gunakan mana-mana alat dalam pengurus rekod anda yang melakukan perkara berikut:
      • Pastikan nama, tarikh, dan tempat dimasukkan dalam cara yang standard.
      • Pastikan nota anda telah tersedia untuk dikongsi kepada umum.
      • Semak untuk mengesan masalah yang berpotensi.
      • Semak untuk mengesan individu yang sama.
      • Semak untuk mengesan nama tempat yang sama.
      • Semak untuk mengesan individu yang tidak disertakan.
    3. Periksa maklumat. Cari data yang anda tidak mahu terbitkan. Padam data tersebut sebelum anda mencipta fail GEDCOM anda atau tandakan sebagai sulit.
      • Baca sekali imbas nota dan maklumat lain yang tidak tersusun.
      • Proses kami mengimbas fail anda untuk mengenal pasti individu dalam pohon anda yang mungkin masih hidup. Kami tidak menerbitkan rekod orang yang masih hidup dalam Fail Sumber Salasilah.
    4. Cipta fail GEDCOM anda.
      • Jika anda tidak tahu cara untuk mencipta, lihat arahan yang diberikan bersama porgram anda.
      • Kami mencadangkan fail GEDCOM yang kecil. Fail dengan 100 nama menjadikan proses perbandingan dan salinan lebih mudah untuk diuruskan.
      • Jika anda berhasrat untuk hanya menyimpan dan berkongsi fail anda, fail tersebut boleh mengandungi sehingga 100 MB.

    Bahagian 1. Muat naik dan bandingkan fail anda.

    1. Muat naik fail GEDCOM anda ke Fail Sumber Salasilah:
      1. Daftar masuk ke FamilySearch dan klik Carian.
      2. Klik Genealogi.
      3. Tatal ke bawah hingga ke Bagaimana Genealogi FamilySearch berbeza daripada Pohon Keluarga FamilySearch?
      4. Klik Muat naik Pohon Individu Anda.
      5. Klik Muat naik fail GEDCOM.
      6. Klik Pilih Fail —> cari fail GEDCOM dalam komputer anda.
      7. Masukkan nama pohon.
      8. Dalam medan Perihalan, beritahu orang lain tentang asal usul pohon ini dan sebarang perkara penting tentang kajian tersebut.
      9. Klik Muat naik Pohon Individu Anda. Proses memuat naik dimulakan.
    2. Tunggu sehingga fail anda dimuat naik.
    3. Klik Bandingkan. Perkataan Membandingkan... muncul sehingga proses perbandingan selesai. Apabila proses perbandingan selesai, perkara berikut akan berlaku:
      • Anda menerima e-mel pemberitahuan daripada FamilySearch.
      • Perkataan Sedia muncul dalam lajur Status.
      • Butang Lihat akan muncul.

    Bahagian 2. Lihat rumusan hasil

    1. Klik Lihat.Hasil anda dirumuskan seperti berikut:
      • Padanan Berpotensi: Bilangan individu yang mungkin sudah berada dalam Pohon Keluarga. Rekod adalah hampir sepadan tetapi tidak sama. Anda membandingkan rekod dan memutuskan sama ada rekod tersebut sepadan.
      • Tambah ke Pohon Keluarga: Bilangan individu yang tidak berada dalam Pohon Keluarga. Anda boleh menyemak setiap individu dan memutuskan untuk menambahkan rekod tersebut kepada Pohon Keluarga.
      • Sudah berada dalam Pohon Keluarga: Bilangan individu yang sudah berada dalam Pohon Keluarga. Fail anda mungkin mempunyai butiran yang berbeza tentang individu tersebut. Anda boleh memutuskan butiran untuk dikeluarkan daripada fail anda ke dalam Pohon Keluarga.
      • Tidak Sah dan Masih Hidup: Bilangan individu dalam fail anda yang dikenal pasti oleh sistem sebagai masih hidup atau tidak sah. Anda tidak boleh menambahkan individu ini kepada Pohon Keluarga.
    2. Untuk mula memindahkan maklumat kepada Pohon Keluarga, klik Tambah ke Pohon Keluarga.

    Bahagian 3. Semak senarai Padanan Berpotensi

    Senarai Padanan Berpotensi mengandungi individu yang ada dalam fail GEDCOM anda yang juga boleh mempunyai rekod dalam Pohon Keluarga. Setiap nama dalam senarai ini mempunyai segi tiga kuning dengan tanda seru.

    1. Jika senarai Padanan Berpotensi tidak dipaparkan, klik pilihan Padanan Berpotensi dalam kotak Penapis.
    2. Bagi orang pertama dalam senarai, bandingkan maklumat pada bahagian di sebelah kiri dan kanan. Tentukan sama ada maklumat pada setiap sisi adalah tentang orang yang sama.
      • Maklumat daripada fail GEDCOM anda berada di bahagian sebelah kiri.
      • Maklumat daripada Pohon Keluarga berada di bahagian sebelah kanan.
    3. Jika maklumat pada kedua-dua bahagian adalah tentang orang yang sama, ikuti langkah ini:
      1. Klik Ya. Kotak biru muncul pada setiap maklumat dalam fail GEDCOM anda yang berbeza daripada yang ada dalam Pohon Keluarga.
      2. Semak setiap kotak biru. Jika kotak biru mengandungi maklumat yang lebih tepat atau lengkap, klik Ganti.Jika anda mengubah fikiran, klik Buat Asal. Apabila anda klik Ganti, perubahan berikut muncul pada skrin:
        • Kotak biru berpindah ke bahagian sebelah kanan skrin.
        • Butang Simpan dan Batal muncul pada bahagian atas skrin.
        • Medan untuk anda masukkan kenyataan alasan muncul.
      3. Jika anda pindahkan maklumat ke bahagian sebelah kanan, masukkan kenyataan alasan yang menerangkan cara anda mengetahui maklumat anda adalah tepat. Klik Simpan.
        • Anda hanya boleh masukkan satu alasan bagi semua maklumat yang anda gantikan. Jika anda mahu menambah alasan berbeza, anda boleh berbuat demikian daripada rekod Pohon Keluarga. Pergi ke Pohon Keluarga dan kemas kini kenyataan alasan anda.
      4. Klik individu seterusnya dalam senarai.
      5. Jika senarai mengandungi lebih daripada 10 individu, bergerak melalui senarai dengan butang Seterusnya dan Sebelumnya.
    4. Jika maklumat pada bahagian sebelah kiri adalah tentang orang yang berbeza, ikuti langkah ini:
      1. Klik Bukan Padanan.
      2. Jika sistem menemui lebih daripada satu padanan yang berpotensi dalam Pohon Keluarga, klik Padanan Berpotensi Lain. Klik setiap nama dalam senarai untuk menyemak.
      3. Jika anda mahu menambahkan individu ini kepada Pohon Keluarga, klik Tambah. Maklumat ini disalin ke dalam Pohon Keluarga. 
        • Penting: Jangan tambah individu yang sudah berada dalam Pohon Keluarga. Penambahan yang anda buat mencipta rekod pendua. Anda atau individu lain perlu menggabungkan pendua tersebut kemudian.
      4. Klik individu seterusnya dalam senarai Padanan Berpotensi.
      5. Jika senarai mengandungi lebih daripada 10 individu, bergerak melalui senarai dengan butang Seterusnya dan Sebelumnya.

    Bahagian 4. Semak senarai Tambah ke Pohon Keluarga

    Senarai Tambah ke Pohon Keluarga mengandungi individu yang ada dalam fail GEDCOM anda yang tiada dalam Pohon Keluarga. Tanda "+" muncul di sebelah setiap nama dalam senarai.

    1. Jika senarai Tambah ke Pohon Keluarga tidak dipaparkan, dalam kotak Penapis, klik pilihan Tambah ke Pohon Keluarga.
    2. Semak orang pertama dalam senarai.
    3. Jika anda mahu menambahkan individu tersebut kepada Pohon Keluarga, klik Tambah.Maklumat ini disalin ke dalam Pohon Keluarga.
    4. Klik individu seterusnya dalam senarai Tambah ke Pohon Keluarga.
    5. Jika senarai mengandungi lebih daripada 10 individu, bergerak melalui senarai dengan butang Seterusnya dan Sebelumnya

    Bahagian 5. Semak senarai Sudah Berada dalam Pohon Keluarga

    Fail GEDCOM anda boleh mengandungi individu yang sudah berada dalam Pohon Keluarga. Maklumat anda mungkin lebih tepat daripada yang ada dalam Pohon Keluarga. Anda boleh memindahkan butiran ini ke rekod individu tersebut dalam Pohon Keluarga tanpa menambah rekod pendua bagi individu tersebut.

    1. Jika senarai Sudah Berada dalam Pohon Keluarga tidak dipaparkan, dalam kotak Penapis, klik pilihan Sudah Berada dalam Pohon Keluarga.
    2. Bagi orang pertama dalam senarai, bandingkan maklumat pada bahagian di sebelah kiri dan kanan.Kotak biru mengenal pasti maklumat dalam fail GEDCOM anda yang berbeza daripada yang ada dalam Pohon Keluarga.
      • Maklumat daripada fail GEDCOM anda berada di bahagian sebelah kiri.
      • Maklumat daripada Pohon Keluarga berada di bahagian sebelah kanan.
    3. Semak setiap kotak biru. Jika kotak biru mengandungi maklumat yang lebih tepat atau lengkap, klik Ganti.Jika anda mengubah fikiran, klik Buat Asal. Apabila anda klik Ganti, perubahan berikut muncul pada skrin:
      • Kotak biru berpindah ke bahagian sebelah kanan skrin.
      • Butang Simpan dan Batal muncul pada bahagian atas skrin.
      • Medan untuk anda masukkan kenyataan alasan muncul.
    4. Jika anda memindahkan sekurang-kurangnya satu kotak biru daripada bahagian sebelah kiri ke sebelah kanan, masukkan kenyataan alasan. Terangkan alasan bahawa maklumat daripada fail GEDCOM anda lebih tepat daripada maklumat dalam Pohon Keluarga. Klik Simpan.
      • Anda hanya boleh masukkan satu alasan bagi semua maklumat yang anda gantikan. Jika anda mahu menambah alasan yang berbeza bagi bahagian maklumat yang berbeza, catat nombor ID rekod Pohon Keluarga. Kemudian pergi ke Pohon Keluarga dan kemas kini kenyataan alasan.
    5. Klik individu seterusnya dalam senarai.
    6. Jika senarai mengandungi lebih daripada 10 individu, bergerak melalui senarai dengan butang Seterusnya dan Sebelumnya.

    Langkah seterusnya yang dicadangkan

    • Jika anda tidak mahu fail GEDCOM anda kekal dalam Fail Sumber Salasilah, padamkan fail itu.Jika anda memadam fail GEDCOM anda daripada Fail Sumber Salasilah, semua maklumat yang anda salin ke dalam Pohon Keluarga kekal dalam Pohon Keluarga.
    • Semak maklumat yang anda tambahkan kepada Pohon Keluarga. Tambah sebarang sumber, nota, dan kenyataan alasan yang berkaitan. Semak pendua yang berpotensi, dan gabungkan dengan mana-mana yang anda jumpa.
    • Jika anda mempunyai gambar, cerita, atau dokumen, muat naik ke Memori FamilySearch. Kemudian tag maklumat tersebut supaya maklumat itu muncul pada rekod individu tersebut dalam Pohon Keluarga.
    • Untuk mengemaskini maklumat yang anda muat naik, padam fail GEDCOM semasa, dan kemudian hantar versi yang dikemas kini.

    Artikel berkaitan

    Bagaimanakah cara untuk saya menyediakan fail GEDCOM saya?
    Apa yang berlaku pada maklumat yang dimuat naik daripada fail GEDCOM?

    Adakah ini membantu?