Bagaimanakah saya isikan nama dalam Family Tree?

Berikut adalah garis panduan untuk membantu anda isikan nama dengan betul dalam Family Tree.

Pilih bahasa yang betul

Apabila anda menambah atau mengedit nama dalam Family Tree, anda boleh menukar tetapan bahasa. Tetapan bahasa membenarkan anda untuk isikan nama dalam susunan yang betul dengan set aksara yang betul.

Isikan versi nama yang betul dalam bahagian Penting

Dalam bahagian Penting, isikan nama lahir atau nama sah yang lengkap.

  • Huruf Besar—Gunakan huruf besar biasa.
  • Nama keluarga sebelum dan selepas berkahwin—Jika seorang wanita mengubah nama keluarganya selepas berkahwin, gunakan nama keluarganya sebelum berkahwin. 
  • Perubahan nama sah—Jika seseorang menukar namanya secara sah, selain daripada melalui perkahwinan, isikan nama sah yang lebih baru.
  • Nama yang biasa digunakan—Jika orang itu tidak menggunakan nama sah dalam kehidupan, iskan nama yang biasa digunakan dalam bahagian Penting. Isikan nama sah dalam bahagian Maklumat Lain.

Letakkan setiap bahagian nama dalam medan yang betul

  • Gelaran—Gunakan Gelaran untuk perkataan seperti “Count” atau “Tuan.” Anda boleh meninggalkan medan gelaran kosong. 
  • Nama Pertama—Masukkan nama pertama dan tengah. Letakkan nama gelaran dalam bahagian “Maklumat Lain.”
  • Nama Keluarga—Isikan nama keluarga. Jika seorang wanita menukar nama keluarganya selepas berkahwin, isikan nama dia sebelum berkahwin. Jika orang itu tidak mempunyai nama keluarga, tinggalkan medan Nama Keluarga kosong.
  • Akhiran—Masukkan perkataan seperti “Muda” atau “Tua” atau angka roma. Contohnya: John Smith III.  Anda boleh tinggalkan medan ini kosong. 

Letakkan nama gelaran dan perbezaan lain dalam bahagian Maklumat Lain

Tambah nama lain yang digunakan seseorang dalam bahagian “Maklumat Lain.” Berikut adalah beberapa contoh:

  • Nama Gelaran
  • Nama digunakan sebelum atau selepas berpindah ke negara baru
  • Nama digunakan untuk mengelakkan pengenalan
  • Perubahan nama dari pengangkatan, penceraian atau tindakan undang-undang yang lain
  • Varian nama berdasarkan adat penamaan, seperti nama-nama "dit" Perancis
  • Nama wanita yang sudah kahwin
  • Variasi ejaan

Elakkan perkataan dan aksara yang tidak sah

Anda tidak boleh menyimpan nama dengan aksara tidak sah dalam mana-mana medan nama. Mesej amaran menerangkan masalah ini. Jika mesej dipaparkan dengan warna merah, anda mesti mengeluarkan aksara yang tidak sah.

  • Aksara ini tidak dibenarkan: \ @ # $ % ^ & * _ + = | ~ ? < > [ ] { } ( ) ; : 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9.
  • Elakkan ruang tambahan.
  • Anda boleh menggunakan tanda sempang dan tanda coma atas dalam nama.
  • Elakkan nama dengan inisial sahaja.
  • Elakkan perkataan yang bukan nama. Contoh-contoh termasuk tidak bernama, tidak dinamakan, Tuan, Bini atau kembar. 
  • Masukkan nombor generasi, seperti III, dalam medan akhiran.

Artikel berkaitan

Bagaimanakah cara untuk saya menukar maklumat penting dalam Family Tree?
Bagaimana saya menambah nama gelaran ke Family Tree?
Bagaimanakah saya isikan nama dari bahasa yang berbeza ke Family Tree?
Mengapa nama seseorang mempunyai tanda soalan dalam Family Tree?
Bagaimanakah saya isikan nama-nama Scandinavia ke dalam Family Tree?

Adakah ini membantu?