Kadangkala pengguna cuba melihat hubungan, paparan hubungan menunjukkan, “Hubungan Tidak Diketahui.” Berikut adalah beberapa sebab ini berlaku dan potensi untuk memperbaikinya:
Kebenaran mesti diaktifkan
Apabila para pengguna berhubung melalui pemesejan, mereka boleh melihat hubungan antara satu sama lain. Untuk melihat hubungan itu, kedua-dua pengguna perlu mengaktifkan paparan hubungan. Pergi ke Tetapan anda dan pasangkan Aktifkan Paparan Hubungan. Ini akan membenarkan anda dan orang lain untuk lihat hubungan mereka kepada anda termasuk nenek moyang yang sama. Kebenaran ini tidak mempengaruhi paparan hubungan di antara anda dengan orang di salasilah anda.
Salasilah anda memerlukan lebih data lagi
Jika anda belum menambah keluarga anda ke dalam salasilah, kami tidak akan dapat mencari saudara-mara. Anda perlu mulakan supaya Family Tree mempunyai maklumat tentang anda untuk dicari.
Jika anda sudah memulakan salasilah keluarga, anda mungkin perlu menambah beberapa generasi lagi supaya kami boleh cari hubungan anda kepada orang lain. Cuba ambil salah satu daripada garis keluarga anda (nenek moyang daripada salah seorang ibu bapa anda) sepanjang beberapa generasi lagi. Ini akan membuka lebih banyak kemungkinan hubungan keluarga dengan pengguna lain.
Tidak cukup salasilah
Salasilah-salasilah yang dibuat dari kawasan dunia anda mungkin tidak mencukupi. Ini akan membuat Family Tree sukar untuk mencari hubungan. Anda boleh membantu dengan menggalakkan orang lain dengan latar belakang yang serupa untuk mengisi maklumat dalam Family Tree sambil anda terus bekerja dengan salasilah anda sendiri.
Moyang anda yang sama tidak berada dalam skop apa yang dikira
Pemapar hubungan mengira hubungan dalam data skop tertentu dalam barisan keluarga anda. Sebagai contoh, jika moyang sama yang menghubungkan anda dengan orang lain dilahirkan sebelum 1500 Masihi, hubungan itu tidak akan ditemui kerana ia berada di luar skop itu.
Jika anda percaya pemapar hubungan harus menunjukkan hubungan kerana ia berada dalam skop yang ditentukan, sila hubungi Sokongan FamilySearch.
Artikel berkaitan
Bagaimanakah cara untuk saya melihat hubungan saya dengan seseorang dalam Family Tree?
Melihat Hubungan: Bagaimanakah saya menghidupkan atau mematikan pilihan bagi melihat hubungan saya dengan pengguna lain?
Bagaimanakah saya melihat hubungan saya dengan seseorang dalam Memories?
Bagaimanakah pemapar hubungan dalam Family Tree menentukan sama ada saya bersaudara?