Bagaimanakah cara untuk saya menambah sumber luar pada Pohon Keluarga?

Kadangkala anda menemui sumber yang tidak tersedia dalam FamilySearch. Sumber itu mungkin ditemui dalam tapak web lain, atau anda mempunyai salinan dalam bentuk kertas atau digital. Anda boleh menaip maklumat tersebut untuk ditambahkan sebagai sumber kepada Pohon Keluarga. Apabila anda menaip sumber itu, anda boleh memautkannya kepada salinan dalam talian ataupun melampirkan salinan digital.

Salinan digital mempunyai manfaat lain:

  • Salinan digital memelihara sumber untuk generasi akan datang.
  • Apabila seseorang melihat suatu salinan digital, mereka akan merasakan perkaitan yang lebih rapat dengan leluhur mereka.
  • Salinan digital boleh memberikan petunjuk bagi penyelidik lain untuk terus mengkaji.

Dalam kotak sumber anda dan dalam Pohon Keluarga, anda boleh mengenal pasti sumber luar ini melalui ikon ini:

Icon of the planet Earth

Sebelum anda mulakan

Jika sumber ada dalam talian, salin URL berkenaan. Jika anda mempunyai salinan dalam bentuk kertas, simpan dalam format digital dalam komputer anda.

  • Kami menerima fail jpg, .png, .tif, .bmp, dan pdf. (Gunakan .pdf untuk dokumen yang mengandungi berbilang halaman.)
  • Saiz maksimum fail ialah 15 MB.

Anda boleh menambahkan memori sebagai sumber bagi individu yang telah meninggal dunia. Anda tidak boleh melampirkan memori sebagai sumber bagi individidu yang masih hidup. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan aplikasi Pohon Keluarga untuk melampirkan gambar daripada telefon anda sebagai sumber.

Langkah-langkah (tapak web)

  1. Daftar masuk ke FamilySearch.
  2. Navigasi ke halaman Individu bagi individu yang sumber luarnya ada pada anda.  
  3. Klik tab Sumber
  4. Klik Tambah Sumber.
  5. Klik Tambah Sumber Baharu.
  6. Masukkan maklumat tentang sumber.
    1. Masukkan tarikh peristiwa. Tarikh tersebut membolehkan anda mengisih sumber mengikut kronologi.
    2. Masukkan tajuk untuk sumber.
    3. Dalam bahagian Laman Web, klikURL Laman Web untuk memasukkan sumber daripada suatu tapak web. Masukkan URL untuk sumber. Klik Tambah Memoriuntuk memuat naik memori atau pilih item daripada Galeri anda. Butiran untuk Memuat Naik Memori dan Pilih daripada Galeri diberikan di bawah.
    4. Tambah pemetikan untuk menerangkan tempat rekod ini ditemui.
    5. Perihalkan rekod berkenaan. Anda boleh masukkan transkripsi sumber atau penerangan tentang item memori.
    6. Masukkan alasan untuk melampirkan sumber.
    7. Klik dalamkotak untuk setiap peristiwa yang didokumenkan oleh sumber.
    8. Jika anda mahu sumber tersebut berada dalam kotak Sumber anda, biarkan pilihan itu bertanda. Jika tidak, klik untuk membuang tanda itu.
    9. Klik Simpan.

Muat Naik Memori

  1. Dalam langkah 6c di atas, klik Muat Naik Memori.
  2. Cari item yang disimpan dalam komputer anda, dan klik dua kali.
  3. Item yang dimuat naik akan menjadi sumber untuk leluhur anda. Sistem juga menambahkan sumber itu kepada Galeri Memori anda dalam FamilySearch.
  4. Teruskan dengan langkah 6d di atas.

Pilih daripada Galeri

  1. Dalam langkah 6c di atas, klik Pilih daripada Galeri.
  2. Galeri Memori anda terbuka.
  3. Klik item yang anda ingin tambahkan sebagai sumber.
  4. Klik Lampirkan.
  5. Teruskan dengan langkah 6d di atas.

Langkah-langkah (aplikasi mudah alih)

  1. Dalam aplikasi Pohon Keluarga, navigasi ke halaman Individu bagi individu yang anda ingin lampirkan sumbernya.
  2. Ketik tab Sumber.
  3. Di bahagian bawah sebelah kanan skrin, ketik tanda tambah.
  4. Ketik Tambah Sumber dengan Laman Webatau Tambah Sumber dengan Gambar. Teruskan dengan langkah yang sesuai.

Tambah sumber dengan laman web

  1. Masukkan tajuk Sumber.
  2. Masukkan tarikh (pilihan).
  3. Masukkan URL ke sumber luar.
  4. Berikan pemetikan untuk menerangkan tempat rekod ini dijumpai.
  5. Tambah Nota.
  6. Masukkan alasan untuk melampirkan sumber.
  7. Ketik Simpan.

Tambah sumber dengan gambar

  1. Ketik Tambah Gambardalam peranti iOS. Ketik Tambah Sumber Gambar dalam peranti Android.
  2. Ketik daripada senarai pilihan.
    1. Kamera atau Ambil Gambar:Gunakan peranti mudah alih anda untuk mengambil imej digital.
    2. Gulungan Kamera, Fail Saya, atauFail: Gunakan imej daripada peranti anda sebagai sumber.
    3. Galeri FamilySearch Saya atau Galeri FamilySearch: Pilih item dalam galeri anda untuk menggunakan sumber.
  3. Ketik untuk memilih item daripada langkah 2. Bergantung pada pilihan anda, ketikSimpanatau Muat naik.
  4. Masukkan Tajuk Sumber.
  5. Masukkan Tarikh Peristiwa.
  6. Masukkan Pemetikan yang menerangkan tempat rekod ini dijumpai.
  7. Masukkan Nota. Untuk dokumen, nota boleh jadi pengekstrakan atau transkripsi rekod.
  8. Masukkan alasan untuk melampirkan sumber.
  9. Ketik Simpan.

Langkah-langkah (Family Tree Lite)

Family Tree Lite tidak mempunyai ciri Sumber. Untuk menguruskan sumber, lawati tapak web penuh.

Hasil

Jika anda menambah URL, FamilySearch akan menyemaknya untuk memastikan URL mengandungi kandungan yang sesuai untuk Pohon Keluarga.Jika tapak web itu diluluskan untuk digunakan dalam Pohon Keluarga, anda boleh menyimpan sumber berkenaan dan meneruskannya.

Jika tapak web masih belum diluluskan oleh Pohon Keluarga, sistem akan menggesa anda supaya menghantar URL untuk disemak. Selepas semakan, anda akan menerima e-mel pemberitahuan. Pada ketika itu, kembali semula ke Pohon Keluarga dan masukkan URL itu semula. Perkara ini biasanya berlaku apabila anda memautkan suatu tapak web yang tidak memantau kandungan.

Jika anda memasuki tapak web yang dianggap oleh FamilySearch sebagai tidak sesuai, anda tidak dapat menyimpan sumber itu.  

Artikel berkaitan

Apakah manfaat menambah sumber pada Pohon Keluarga?
Bagaimanakah cara untuk saya memuat naik memori ke FamilySearch?

Adakah ini membantu?