Menyingkir sumber yang tidak seharusnya dilampirkan

Share

Penghubung Sumber mempunyai butang singkir biru dan butang singkir kuning. Setiap satu menyingkirkan hubungan di antara sumber dan seseorang dalam Family Tree tetapi untuk tujuan yang berbeza.

detach sources Top Image.png

Butang yingkir biru

Detach_2nd Image.png

Butang yingkir biru menandakan bahawa maklumat sumber dalam lajur kiri sudah disertakan kepada orang dalam lajur kanan.

  • Dalam situasi ini, klik butang singkir biru untuk menyingkirkan hubungan di antara maklumat dalam dua lajur.
  • Anda hanya klik butang singkir biru itu jika anda pasti sumber (lajur kiri) dan Family Tree (lajur kanan) merujuk kepada dua orang yang berasingan.

Kemudian, anda atau penyelidik lain boleh kembali ke sumber dan lampirkannya kepada orang yang berlainan di Family Tree FamilySearch.

Butang singkir kuning

Detach_3rd Image.png

Butang singkir kuning menunjukkan sumber (lajur kiri) dilampirkan kepada orang yang berbeza daripada yang anda lihat dalam lajur kanan Penghubung Sumber.

  • Dalam situasi ini, klik butang singkir kuning untuk menyingkirkan hubungan antara sumber dan profil yang lain dalam Family Tree.
  • Anda hanya klik butang singkir kuning jika anda pasti bahawa orang yang anda lihat dalam dua lajur Penghubung Sumber adalah sama dan lampiran sebelumnya adalah satu kesilapan.

Apabila anda menyingkir sumber dari profil lain, anda boleh melampirkannya kepada orang dalam lajur kanan Penghubung Sumber.

Adakah ini membantu?