
Dalam kebanyakan kes, nama yang anda lihat tersenarai dalam lajur kiri Penghubung Sumber mewakili ahli-ahli keluarga yang sama. Jika nama-nama itu tidak disusun dengan betul, anda boleh menggunakan fungsi seret-letak tetikus anda untuk menyusunnya. Ini termasuk nama saudara-mara yang mungkin tersilap masuk ke bahagian “Yang Lain” di bahagian bawah lajur kiri.
Jika nama boleh digerakkan, ikon seret-letak akan muncul apabila anda halakan tetikus pada nama itu.
Untuk menggerakkan atau “seret” nama:
- Halakan tetikus ke atas nama, dan kliknya.
- Seret nama ke lokasi yang sesuai dalam lajur kiri.
- Nyahklik tetikus untuk jatuhkan nama.
Jika tiada nama yang sepadan
Jika tidak ada nama yang sepadan tetapi anda yakin bahawa nama dalam lajur kiri adalah seorang ahli keluarga:
- Klik pada nama itu, dan tahan butang tetikus ke bawah. Seret nama ke tempat yang bersesuaian dalam lajur kiri Penghubung Sumber, dan kemudian nyahklik tetikus.
- Untuk menambah orang itu ke Family Tree, klik Tambah.
