Jenis perhubungan mengenal pasti hubungan anak kepada ibu bapa. Pada masa ini, Family Tree menyediakan 5 jenis hubungan:
- Anak Angkat
- Biologi
- Penjagaan
- Angkat Sementara
- Tiri
Apabila anda hubungkan anak kepada ibu bapa, Family Tree menganggap hubungan itu adalah biologi. Jika tidak, anda boleh mengubahnya.
Langkah-langkah (laman web)
- Dalam menu atas, klik Family Tree, dan kemudian klik Salasilah.
- Cari hubungan anak yang ingin anda edit.
- Klik nama anak itu. Dalam butiran yang timbul, klik nama anak itu semula. Anda akan dibawa ke halaman orang tersebut.
- Klik tab Butiran.
- Tatal ke bahagian Ahli Keluarga.
- Di bawah Ibu Bapa dan Adik Beradik, cari nama anak dan klik ikon Edit
- Jika perhubungan ditunjukkan, klik Edit untuk ibu bapa. Klik anak panah bawah untuk melihat pilihan. Klik hubungan yang betul. Terangkan sebab anda membuat perubahan itu, kemudian klik Simpan. Anda juga boleh klik Padam dan singkirkan jenis hubungan.
- Apabila anda tidak melihat jenis hubungan, klik Tambah Jenis Hubungan. Pilih jenis hubungan, terangkan sebab perubahan anda, dan klik Simpan.
- Untuk melihat ringkasan semua butiran hubungan bagi anak itu, klik Alat-alat, kemudian klik Lihat Semua Perubahan.
Langkah-langkah (aplikasi mudah alih)
- Dalam aplikasi mudah alih Family Tree, navigasi ke halaman Orang anak itu dengan jenis hubungan yang salah.
- Ketik tab Ibu bapa .
- Cari nama anak dan ketik ikon edit.
- Ketik anak panah juntai bawah untuk mana-mana ibu bapa untuk melihat jenis hubungan semasa.
- Untuk menukar jenis hubungan semasa, ketik Edit.
- Untuk singkirkan jenis hubungan semasa, ketik Padam Jenis Hubungan.
- Untuk masukkan jenis hubungan, klik Tambah Jenis Hubungan.
- Ketik anak panah bawah untuk jenis Hubungan. Ketik hubungan yang betul.
- Terangkan sebab perubahan anda, dan ketik Simpan.
Langkah-langkah (Family Tree Lite)
- Daftar masuk ke Family Tree Lite.
- Navigasi ke halaman Orang bagi anak yang mempunyai ibu bapa yang salah.
- Di bawah nama individu, ketik Lihat Keluarga.
- Di bawah Ibu Bapa dan Adik Beradik, cari nama anak, dan klik ikon Edit.
- Untuk menukar jenis hubungan semasa, ketiknya. Ketik Edit. Ketik anak panah bawah dan kemudian ketik hubungan. Anda boleh menambah tarikh untuk peristiwa yang mencipta hubungan. Terangkan sebab perubahan anda, dan ketik Simpan.
- Jika anda tidak melihat hubungan, ketik Tambah Jenis Hubungan. Pilih jenis hubungan, terangkan sebab perubahan anda, dan kemudian klik Simpan.
Artikel berkaitan
Bagaimanakah saya dapat melihat perubahan yang telah dibuat tentang seseorang dalam Family Tree?
Bagaimanakah saya menambah atau menukar maklumat perkahwinan dalam Family Tree?
Bagaimanakah saya boleh membatalkan perubahan yang tidak betul dalam Family Tree?
Bagaimanakah saya tambahkan ibu bapa tiri, angkat, dan angkat sementara kepada seorang anak dalam Family Tree?