Pengesahan biasanya tiba dalam beberapa minit. Kadangkala, ia mengambil masa 1-2 jam. Jika ia lama tidak tiba, berikut adalah beberapa perkara asas yang anda boleh semak:
- E-mel ini datang dari www.familysearch.org/register/ dan mempunyai tajuk lengkap Lengkapkan Pendaftaran Akaun FamilySearch Anda....
- Cuba semak dalam folder remeh (junk) atau spam. Sila cari istilah akaun FamilySearch, Lengkapkan pendaftaran anda, atau kedua-duanya. Jika anda menjumpai e-mel dalam folder remeh atau spam anda, gerakkannya ke folder atau peti masuk utama anda. Sekarang anda boleh membukanya dan klik pautan pengaktifan. Pautan pengaktifan tidak berfungsi dalam folder remeh atau spam.
- Semak akaun e-mel lain yang anda ada.
- Jika anda tersilap dalam alamat e-mel anda, daftar sekali lagi dengan alamat e-mel yang betul.
- Jika anda mencipta akaun anda lebih dari 48 jam lalu, pautan dalam e-mel tidak sah. Daftar semula.
- Jika tetingkap pendaftaran masih terbuka (dalam masa 48 jam), klik butang untuk menghantar semula e-mel pengaktifan. Ingat untuk menggunakan e-mel pengesahan terkini, kerana pautan dalam e-mel yang lama tidak sah.
Jika anda dapat mendaftar masuk ke Akaun FamilySearch anda, sila lakukannya. Kemudian klik nama anda di penjuru kanan sebelah atas. Klik Tetapan dan kemudian Akaun. Sahkan bahawa pilihan pemulihan anda diaktifkan. (Jika tidak, anda melihat pautan: “Sahkan ini...” di bawah E-mel Pemulihan.)
Pemulihan alamat e-mel:
- Jika alamat e-mel tidak disahkan, anda akan melihat Sahkan alamat ini. Klik perkataan dengan hiperpautan dan baca mesej ini: “Sila Semak E-mel Anda. E-mel pengesahan telah dihantar ke [alamat e-mel di sini]. Setelah disahkan, kami akan guna alamat e-mel itu untuk memulihkan maklumat daftar masuk sekiranya anda perlukannya. Pautan pengesahan akan tamat tempoh dalam 48 jam.”
- Anda mempunyai pilihan ini: Hantar semula e-mel atau Tutup.
- Jika anda masih ada masalah untuk menetapkan dan mengaktifkan akaun FamilySearch anda, sila hubungi FamilySearch.
Artikel berkaitan
Bagaimanakah cara untuk saya mencipta akaun percuma FamilySearch?
Bolehkah saya mencipta akaun dengan alamat e-mel yang dikongsi?
Bagaimanakah cara untuk saya mencipta akaun percuma untuk kanak-kanak?