Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan bantuan berkenaan tapak atau aplikasi rakan kongsi?

FamilySearch mempunyai perkongsian dengan pelbagai organisasi. Sokongan FamilySearch boleh membantu anda untuk menggunakan Galeri Penyelesaian kami bagi mencari dan mendapatkan akses kepada produk rakan kongsi kami. Untuk bantuan menggunakan produk rakan kongsi pula, sila hubungi rakan kongsi.

Setiap rakan kongsi kami menyediakan maklumat hubungan dalam Galeri Penyelesaian FamilySearch. Rakan kongsi menyediakan alamat e-mel, tapak web, nombor telefon, atau gabungan.

Langkah-langkah (tapak web)

  1. Pergi ke Galeri Penyelesaian FamilySearch.
  2. Cari rakan kongsi yang anda ingin hubungi.
  3. Klik pada jubin rakan kongsi dan buka maklumat.
  4. Tatal ke bawah sehingga anda melihat bahagian Sokongan Penyelesaian.

Langkah-langkah (aplikasi mudah alih)

Untuk mengakses Galeri Penyelesaian, sila gunakan tapak web FamilySearch.org pada pelayar.

Langkah-langkah (Family Tree Lite)

Untuk mengakses Galeri Penyelesaian, sila gunakan versi penuh tapak web FamilySearch.org.

Artikel berkaitan

Bagaimanakah saya boleh mencari produk rakan kongsi?
Mengapakah FamilySearch bekerjasama dengan organisasi lain?

Maklumat hubungan rakan kongsi

Maklumat hubungan rakan kongsi yang berikut disediakan untuk faedah anda dan mungkin bukan yang terkini.

Ancestry.com

Sesetengah negara mempunyai tapak web Ancestry yang berbeza dan maklumat hubungan hanya boleh didapati dalam tapak web berkenaan.

findmypast

MyHeritage

AmericanAncestors.com

Geneanet

Geneanet tersedia dalam banyak bahasa. Beginilah cara untuk mencari akses bagi bantuan dalam bahasa anda:

Filaehttps://en.filae.com/assistance/

moduleTitle