Bagaimanakah cara untuk saya mencari rekod sejarah mengikut tempat atau menggunakan peta dunia?

Pada halaman Carian Rekod Sejarah, terdapat bahagian Carian mengikut Tempat. Gunakan pilihan ini untuk melihat alat dan sumber khusus pada sesuatu tempat. Selepas anda memasukkan tempat, sistem akan membawa anda ke halaman penyelidikan bagi negara, negeri atau wilayah. Halaman penyelidikan merangkumi item ini:

  • Pautan ke halaman wiki bagi tempat tersebut.
  • Kursus Pembelajaran
  • Rekod Sejarah Berindeks
  • Projek Pengindeksan Semasa
  • Rekod Sejarah Imej Sahaja
  • Bahan Katalog

Sebelum anda mulakan

Ambil perhatian terhadap pengehadan ciri Carian mengikut Tempat:

  • Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico membolehkan anda menapis hingga ke peringkat negeri atau wilayah.
  • Semua negara lain memaparkan rekod pada peringkat negara.

Untuk mencari rekod tempatan, gunakan alat carian lain dalam Pohon Keluarga.

Langkah-langkah (tapak web)

  1. Daftar masuk ke FamilySearch.org.
  2. Pada bahagian atas halaman, klik Carian.
  3. Klik Rekod.
  4. Di bawah Carian mengikut Tempat, lalukan salah satu perkara berikut:
    • Dalam medan, masukkan nama tempat yang anda sedang cari.
    • Untuk memilih tempat dari peta, klik Layari Tempat. Klik kawasan dalam peta dan kemudian klik tempat yang khusus daripada panel di sebelah kanan.
  5. Masukkan istilah carian anda.
  6. Pilih koleksi yang anda mahu gelintar:
    • Untuk menggelintar semua koleksi sekaligus, biarkan semua kotak semak kosong.
    • Untuk menapis carian anda, klik kotak semak di sebelah nama setiap koleksi yang anda mahu gelintar.(Klik Tunjukkan semua untuk melihat senarai lengkap).
  7. Klik Carian.

Langkah-langkah (peranti mudah alih)

  1. Dalam aplikasi mudah alih Pohon Keluarga, paparkan pilihan tambahan:
    • Android: Pada bahagian atas sebelah kiri skrin, ketik 3 garisan.
    • Apple iOS: Pada bahagian bawah sebelah kanan skrin, ketik 3 titik.
  2. Ketik Carian Rekod Sejarah.
  3. Tatal ke bawah bagi Carian mengikut Tempat.
    1. Dalam kotak carian, masukkan negara, wilayah, atau negeri.
    2. Ketik Layari Tempat dan ketik bahagian dunia atau tempat yang khusus pada bahagian sebelah kanan.
  4. Masukkan istilah carian anda.
  5. Pilih koleksi yang anda mahu gelintar:
    • Untuk menggelintar semua koleksi sekaligus, biarkan semua kotak semak kosong.
    • Untuk menapis carian anda, ketik kotak semak di sebelah nama setiap koleksi yang anda mahu gelintar.(Untuk melihat senarai lengkap, klik Tunjukkan Semua).
  6. Ketik Carian.

Langkah-langkah (Family Tree Lite)

Terkini, ciri Rekod Sejarah tidak tersedia pada Family Tree Lite.

Artikel berkaitan

Petua carian bagi rekod sejarah
Bagaimanakah cara untuk saya mencari semua koleksi rekod sejarah sekaligus?
Bagaimanakah cara untuk saya menemukan dan menggelintar koleksi tertentu dalam rekod sejarah?
Bagaimanakah cara untuk saya melihat senarai bagi semua koleksi rekod dalam rekod sejarah?
Bagaimanakah cara untuk saya mencari imej dalam koleksi belum berindeks dalam Rekod Sejarah?
Manfaatkan Carian Anda Sepenuhnya : Memahami Halaman Carian Rekod Sejarah

Adakah ini membantu?