Libatkan Diri

Libatkan Diri

Cuba aktiviti ini untuk membantu membuat perbezaan bagi penyelidik di seluruh dunia.

Apakah itu pengindeksan?

Pengindeksan adalah projek sukarelawan yang membuat imej rekod sejarah—seperti banci atau obituari—boleh dicari online. Ia adalah cara yang baik untuk menyumbang kembali kepada komuniti geneologi dan memudahkan penemuan keluarga.

Bagaimana ia berfungsi

Sebuah imej rekod sejarah tanpa pengindeksan tidak dapat di cari dalam pencarian. Tiada kata kunci termasuk dengannya untuk dicari.

Seorang indeks sukarelawan melihat rekod dalam program pengindeksan dan menaipkan maklumat penting, seperti nama, tarikh dan tempat. Imej diindeks yang terhasil ditambah ke rekod-rekod yang boleh dicari secara percuma di FamilySearch.

Pengindeksan ditaja dan dihos oleh FamilySearch, sebuah perkhidmatan yang diberikan oleh Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Cubalah

Layari laman utama pengindeksan untuk daftar masuk ke FamilySearch dan pilih satu “kumpulan” imej untuk diindeks. Terdapat projek-projek tersedia dalam pelbagai bahasa. Luangkan sebanyak atau sedikit masa. Terdapat sumber bantuan bersepadu dalam sistem untuk menjawap soalan.