Panggilan Saya: Perunding Bait Suci dan Sejarah KeluargaApakah Fokus Saya?
Sebagai perunding bait suci dan sejarah keluarga bahagian, anda membantu individu dan keluarga datang kepada Kristus semasa mereka mengambil bahagian dalam sejarah keluarga dan pekerjaan bait suci (Pilihan dari Buku Panduan Umum 25.2.4).
Langkah-langkah berikut akan membantu anda untuk bermula.


“Ajaran Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir berpusat pada keluarga. Bait suci adalah penting dalam ajaran kita tentang keluarga. Tatatcara-tatacara yang diterima disana membolehkan kita kembali sebagai keluarga abadi dalam hadirat Bapa Syurgawi kita.”
Presiden Dallin H. Oaks, Injil Yesus Kristus yang Berpusatkan Keluarga
Sentiasa Fokus pada Juruselamat Dahulu
Semasa anda menjemput ahli untuk menyembah di rumah Tuhan dan melaksanakan tatacara untuk nenek moyang, mulakan dengan Juruselamat. Kongsi bagaimana perjanjian dan tatacara bait suci mengikat kita kepada Juruselamat, membantu kita merasakan bimbingan dan penghiburan, dan menguatkan kita dengan perlindungan dan kuasa-Nya.
Rancangan itu akan disempurnakan oleh Tuhan pada masa yang ditentukan-Nya. Rancangan itu adalah untuk menyatukan segala sesuatu yang telah diciptakan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, dengan Kristus sebagai kepala.
Efesus 1:10
Gunakan Tatacara Sedia
Bantu ahli menggunakan Tatacara Sedia—cara paling mudah untuk semua ahli mengumpulkan orang lain kepada Juruselamat dengan berjaya mencari nama berkaitan keluarga mereka yang memerlukan tatacara bait suci yang menyelamatkan. Belajar dengan Lebih Lanjut
Tambah Pengetahuan Anda
Galakkan semua ahli untukmenambah apa yang mereka tahu pada salasilah keluarga mereka—nama, foto, peristiwa hidup, cerita, dan kenangan lain tentang orang dikasihi yang boleh dikumpulkan kepada Juruselamat.
Pemimpin yang membantu ahli baharu dan remaja bersedia untuk pengalaman pembaptisan dan penetapan bait suci pertama mereka boleh gunakanBantuan Nama Keluarga.
Sumber Boleh Muat Turun
PDFRisalah Tatacara Sedia
Risalah yang boleh dimuat turun ini mempunyai maklumat tentang Tatacara Sedia dan pautan kepada pengalaman.
Muat Turun RisalahPelajaranMenyatukan Keluarga untuk Keabadian
Garis panduan pelajaran ini dapat membantu anda mengajar tentang berkat-berkat yang datang melalui pelayanan bait suci dan sejarah keluarga.
Pergi Ke PelajaranLatihan dan Sumber
Ketahui lebih lanjut tentang panggilan anda dan sumber yang tersedia untuk membantu anda.
Berkat yang Dijanjikan
Sebagai perunding, anda boleh membantu ahli merasai berkat menemui nenek moyang mereka dan melaksanakan tatacara bait suci bagi pihak mereka.