Panggilan Saya: Perunding Bait Suci dan Sejarah KeluargaApakah Fokus Saya?
Sebagai perunding bait suci dan sejarah keluarga bahagian, anda membantu individu dan keluarga datang kepada Kristus semasa mereka mengambil bahagian dalam sejarah keluarga dan pekerjaan bait suci (Pilihan dari Buku Panduan Umum 25.2.4).
Langkah-langkah berikut akan membantu anda untuk bermula.

Yesus Kristus adalah sebab kita membina bait suci.
Presiden Russell M. Nelson

1. Mulakan dengan Juruselamat
Semasa anda membantu orang lain, kongsikan bagaimana perjanjian dan tatacara mendekatkan kita kepada Juruselamat, mengikat kita kepada-Nya, dan menguatkan kita dengan kuasa-Nya.
2. Gunakan Tatacara Sedia
Tatacara Sedia ialah cara paling mudah untuk mencari individu yang memerlukan tatacara dilaksanakan di bait suci.

3. Bina Salasilah Keluarga Anda
Membina salasilah keluarga dalam talian boleh membantu ahli merasai kegembiraan melaksanakan tatacara bait suci untuk nenek moyang mereka sendiri yang telah meninggal dunia.

4. Tambah Apa yang Anda Tahu
Sebaik sahaja anda mempunyai salasilah keluarga, anda boleh terus menambah nama pada salasilah anda. Anda juga boleh menambah memori keluarga (foto, teks, audio dan sebagainya).
Muat Turun Sumber Latihan
Berkat-berkat Dijanjikan
Sebagai perunding, anda boleh membantu ahli merasai berkat menemui nenek moyang mereka dan melaksanakan tatacara bait suci bagi pihak mereka.
Sumber-sumber Tambahan
Ketahui lebih lanjut tentang panggilan anda dan sumber yang tersedia untuk membantu anda.