Perkhidmatan pemeliharaan rekod percuma

Bekerjasama dengan FamilySearch untuk mendigitalkan, mengurus, dan berkongsi koleksi anda.

Hubungi Kami

10,000+ penjaga rekod

telah bekerjasama dengan kami, termasuk gereja dan arkib.

5 bilion imej

telah pun dilindungi untuk generasi akan datang.

175+ negara

kini diwakili dalam koleksi rekod kami.

Apa yang Kami Tawarkan

Kami menyediakan perkhidmatan percuma untuk pengarkiban digital. Apa yang Anda Boleh Jangkakan

  • Kamera di lokasi untuk mendigitalkan rekod anda
  • Imej berkualiti tinggi bagi rekod anda
  • Pemeliharaan di FamilySearch dalam format fail terkini
Seorang lelaki melihat imej digital rekod sejarah yang baru diimbasnya.
Asset Information
Player Version
Title
Account ID
Video ID
CDN
00:00
08:48

Mengapa Perkhidmatan Kami Percuma

FamilySearch ialah sebuah organisasi bukan untung dengan lebih 125 tahun pengalaman membantu orang ramai meneroka warisan mereka. Kami bekerjasama dengan arkib di seluruh dunia untuk memelihara genealogi keluarga manusia.

Teroka koleksi

Pilih satu tempat untuk melihat rekod sejarah yang telah dipelihara untuk generasi akan datang.

AfrikaAsia dan Timur TengahAustralia dan New ZealandKanadaCaribbean dan Amerika TengahBenua EropahMexicoKepulauan PasifikAmerika SelatanUnited Kingdom dan IrelandAmerika Syarikat

Apa yang dikatakan oleh penjaga rekod

Ricardo Grisi Velloso

Keuskupan Agung Katolik Pariba, Brazil

“Kami mengucapkan tahniah kepada FamilySearch atas sumbangan yang bermakna ini dan mengesyorkan agar arkib gereja lain mempertimbangkan dengan serius untuk menerima tawaran daripada organisasi yang bertanggungjawab dan berwawasan ini.”

Ole Magnus Mølbak Andersen

Timbalan Pengarah, Arkib Negara Denmark

“Arkib Negara Denmark dan FamilySearch telah bekerjasama selama hampir 80 tahun. Menjelang tahun 1970, lebih daripada 40,000 gulungan mikrofilem telah dihasilkan. Akhirnya, jumlah tersebut meningkat kepada hampir 60,000 gulungan. Kesemuanya masih disimpan dengan selamat di dalam bilik kebal granit di negeri Utah.”

Regaldo Trota Jose

Ahli Arkib, Universiti Santo Tomas, Filipina

“Usaha FamilySearch di Filipina telah menghasilkan pendigitalan begitu banyak rekod, termasuk tidak terhitung jumlah daftar gereja, sekali gus membuka potensi besar untuk menemui hubungan masa lalu kita demi menghadapi masa depan.”

T. G. Mpundu

Uskup Agung Lusaka, Zambia

“Kami amat berbesar hati dengan usaha yang telah dan terus dilaksanakan oleh FamilySearch dalam hal ini di keuskupan agung ini. Ia merupakan satu perkhidmatan yang sangat bernilai kepada Gereja dan sememangnya kepada negara secara keseluruhan serta kemanusiaan.... Kami bersyukur kepada Tuhan atas hubungan yang membuahkan hasil bersama FamilySearch!”

Mulakan perbualan

Mencapai matlamat pemeliharaan rekod anda tidak semestinya sukar. Kami akan padankan anda dengan seseorang yang arif tentang kawasan anda.

Berhubung dengan Kami